Info Terkini

Maklumat Terkini

Showing posts with label panduan ibubapa. Show all posts
Showing posts with label panduan ibubapa. Show all posts

Saturday, February 27, 2016

PENDAFTARAN SECARA ONLINE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2017 DAN 2018 SEKOLAH RENDAH

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lahir pada tahun 2010 dan juga 2011, permohonan kemasukan ke Tahun 1 Tahun 2017 dan 2018. Tuan / Puan perlu buat pendaftaran secara online terlebih dahulu, cetak kemudian bawa bersama dokumen yang disenaraikan ke sekolah.
Tarikh pendaftaran online dan serahan borang/ dokumen yang lengkap ke sekolah bermula 1 Mac hingga 30 April 2016.
Layari laman sesawang http://public.moe.gov.my/

Berikut maklumat kelahiran dan sesi persekolahan:-
Lahir pada 02.01.2010 sehingga 01.01.2011 (sesi persekolahan 2017)
Lahir pada 02.01.2011 sehingga 01.01.2012 (sesi persekolahan 2018)


Read more ...

Friday, May 15, 2015

VIDEO PENDIDIKAN CEGAH PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK


Jom tengok bersama-sama anak anda bersama-sama penerangan peribadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga bermanfaat untuk semua.


Cara mencegah:

- Ibu bapa perlu beri pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi
- Beri pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram
- Menasihati anak agar tidak mudah menuruti pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka
- Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu
- Jangan sembunyikan masalah, terus maklum kepada ibu bapa

Ibu bapa/penjaga: Bersikap terbuka dengan kanak-kanak agar mereka dapat berkongsi masalah dan tidak takut untuk mendedahkan perbuatan atau penderaan seksual yang dilakukan pada mereka, beri sokongan apabila kanak-kanak mula memberitahu dan tunjukkan anda akan membantu dan bersama-sama melaluinya, tingkatkan pengetahuan tentang pencegahan jenayah seksual kanak-kanak, beri pendedahan dengan menerangkan mengenai jenayah seksual kepada kanak-kanak agar mereka tidak mudah jadi mangsa.

Cegah sebelum terlambat.



sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/penderaan-seksual-kanak-kanak-1.64513
Read more ...

Monday, March 17, 2014

Notis Permohonan Kemasukan Pelajar Tahun 1 - Sesi 2016 & 2017 Secara Online.


Permohonan melalui aplikasi atas talian (on-line) oleh ibu/bapa penjaga dan pihak sekolah mulai 1 Mac 2015 - 30 April 2015 untuk Tahun 1/2016. PermohonanTahun 1/2017 masih boleh dipohon sehingga Tahun 2016.

Ibu bapa/ Penjaga boleh membuat semakan kronologi dan status  Permohonan secara online melalui modul semakan status permohonan.

Takwim Proses Permohonan Online Negeri Selangor adalah seperti berikut:
PerkaraTarikh
Pendaftaran Online1 Mac - 30 April
(Setiap Tahun)
Perakuan Permohonan
(Serah Dokumen ke sekolah dipohon)
Dalam Tempoh 14 Hari selepas pendaftaran
Keputusan Penempatan 2016Selepas 16 Julai 2015
Keputusan Penempatan 2017Selepas 16 Julai 2016
Pengesahan Penempatan1 - 30 Ogos
Rayuan1 - 30 September
Keputusan RayuanSelepas 15 November
Pendaftaran Murid1 Januari
Tarikh Notis : 1 Mac 2015
Read more ...
Dibangunkan oleh GDM SKPU2